Monday, November 1, 2010

Cara Mandi yang Betul untuk Menjaga Kesihatan



Ramai orang pada zaman sekarang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.

Situasi ini memberi kesan iaitu pada sistem saraf pendarahan otak akan mengecut disebabkan siraman air tersebut. Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi ini akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah.
Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan (tindak balas kimia dalam badan) adalah teratur dan disetkan  di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan. 

Kaedah yang sesuai ketika mandi adalah 'Mandi Songsang'. Maksudnya amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiri dengan kepala.  Seelok-eloknya beransur-ansur ianya sambil menurunkan suhu badan. Ianya juga menyegarkan dan rasa relax pada badan.


Sejak saya (secara peribadi) mengetahui info ini, saya terus mengamalkannya. Pertama kali mendengarnya adalah pada satu ceramah motivasi di sekolah semasa saya berada di tingkatan tiga (wahh...ya!saya masih ingat lagi bila). Pada pengalaman saya, terbukti sememangnya ada kelainan dan madi cara ini badan rasa lebih segar.


Berikut merupakan senarai yang saya perolehi dari pelbagai sumber (terutamanya internet) 
KEBAIKAN DAN KELEBIHAN 
1) Menjadikan pengamalnya awet muda.
2) Mengembangkan salur darah otak (menjadikan sistem darah di bahagian otak berfungsi dengan lebih baik)
3) Menjadikan fungsi sistem pertahanan badan bertambah baik ( meransang hormon badan dengan lebih cepat untuk tahap kesihatan yang maksimum)
4) Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak. 
5) Melancarkan perjalanan darah. 
6) Menjadikan pengamal semakin pintar. 
7) Meninggikan daya ingatan. 
8) Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala. 
9) Menjadikan status mood yang tenang dan ceria. 
10) Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat. 
11) Memiliki daya ketahanan mental. 
12) Menambahkan semangat berani. 
13) Menguatkan gusi dan gigi dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan. 

Perlu diingatkan jika kita hanya menjaga kesihatan mengikut cara mandi ini, tidak semestinya anda akan mendapat kesemuanya yang terkandung dalam Kebaikan & Kelebihan. Kita perlu menjaga pemakanan serta menjalankan aktiviti yang sihat -rohani serta jasmani!

Wallahualam...