Monday, November 1, 2010

Cara Mandi yang Betul untuk Menjaga Kesihatan



Ramai orang pada zaman sekarang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.

Situasi ini memberi kesan iaitu pada sistem saraf pendarahan otak akan mengecut disebabkan siraman air tersebut. Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi ini akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah.
Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan (tindak balas kimia dalam badan) adalah teratur dan disetkan  di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan. 

Kaedah yang sesuai ketika mandi adalah 'Mandi Songsang'. Maksudnya amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiri dengan kepala.  Seelok-eloknya beransur-ansur ianya sambil menurunkan suhu badan. Ianya juga menyegarkan dan rasa relax pada badan.


Sejak saya (secara peribadi) mengetahui info ini, saya terus mengamalkannya. Pertama kali mendengarnya adalah pada satu ceramah motivasi di sekolah semasa saya berada di tingkatan tiga (wahh...ya!saya masih ingat lagi bila). Pada pengalaman saya, terbukti sememangnya ada kelainan dan madi cara ini badan rasa lebih segar.


Berikut merupakan senarai yang saya perolehi dari pelbagai sumber (terutamanya internet) 
KEBAIKAN DAN KELEBIHAN 
1) Menjadikan pengamalnya awet muda.
2) Mengembangkan salur darah otak (menjadikan sistem darah di bahagian otak berfungsi dengan lebih baik)
3) Menjadikan fungsi sistem pertahanan badan bertambah baik ( meransang hormon badan dengan lebih cepat untuk tahap kesihatan yang maksimum)
4) Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak. 
5) Melancarkan perjalanan darah. 
6) Menjadikan pengamal semakin pintar. 
7) Meninggikan daya ingatan. 
8) Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala. 
9) Menjadikan status mood yang tenang dan ceria. 
10) Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat. 
11) Memiliki daya ketahanan mental. 
12) Menambahkan semangat berani. 
13) Menguatkan gusi dan gigi dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan. 

Perlu diingatkan jika kita hanya menjaga kesihatan mengikut cara mandi ini, tidak semestinya anda akan mendapat kesemuanya yang terkandung dalam Kebaikan & Kelebihan. Kita perlu menjaga pemakanan serta menjalankan aktiviti yang sihat -rohani serta jasmani!

Wallahualam...

Thursday, September 30, 2010

Asal Usul Penamaan Hari

Sebahagian orang percaya bahawa langit itu berlapis tujuh. Ini ada kaitannya dengan tujuh benda langit yang memiliki jarak yang berbeza. Maksudnya benda yang lebih cepat jaraknya dianggap lebih dekat jaraknya. Lalu akan digambarkan seolah-olah benda-benda tersebut berada pada lapisan langit yang berbeza-beza dan mereka mengelilingi bumi yang berada di tengah-tengah.

Di langit pertama ada Bulan, benda langit yang bergerak cepat sehingga di anggap paling dekat. Langit yang kedua diduduki Merkuri (bintang Utarid).Venus (bintang kejora) ditempat ketiga. Kemudian Matahari di posisi keempat. Di langit kelima adalah Mars (bintang Marikh). Langit ke enam adalah Jupiter (bintang Musytari) dan yang ketujuh adalah Saturnus (bintang Zuhrah). Inilah kepercayaan lama yang menganggap Bumi sebagai pusat alam semesta. 

Orang-orang dahulu (khususnya Romawi dan Yunani) juga percaya bahawa ketujuh benda langit itu adalah dewa-dewa yang mempengaruhi kehidupan di Bumi. Pengaruhnya bergantian dari jam ke jam, dengan urutan mulai dari yang paling jauh (menurut pengetahuan mereka) iaitu Saturnus, sampai yang paling hampir iaitu Bulan. Pada jam 00.00, Saturnus dianggap berpengaruh pada kehidupan manusia. Disebabkan itu, hari pertama disebut Saturday (hari Saturnus) dalam bahasa Inggeris, atau Sabtu dalam bahasa Malaysia. Ternyata, jika kita menghitung hari sampai tahun 1 Masehi, tanggal 1 Januari tahun 1, memang jatuh pada hari Sabtu. Bila diturut selama 24 jam, jam 00.00 berikut-nya jatuh pada Matahari. Jadilah hari itu sebagai hari Matahari (Sunday). Setelah Sun’s day adalah Moon’s day (Monday). Hari berikutnya adalah Tiw’s day (Tuesday) Tiw adalah nama Anglo-Saxon untuk Dewa Mars (dewa perang Romawi kuno). Seterusnya adalah Woden’s day (Wednesday). Woden adalah nama Anglo-Saxon untuk Dewa Merkurius (dewa perdagangan Romawi kuno). Seterusnya Thor’s day (Thursday). Thor adalah nama Anglo-Saxon untuk Dewa Jupiter (dewa Petir, raja para dewa Romawi). Terakhir adalah Freyja’s day (Friday). Freyja adalah nama Anglo-Saxon untuk Dewi Venus (dewi kecantikan Rowawi kuno).

Jumlah hari yang ada tujuh itu, dalam bahasa Arab, nama-nama hari-nya disebut berdasarkan urutan: 
satu, dua, tiga, sampai tujuh, yakni Ahad, Itsnain, Tsalatsah, Arba’ah, Khamsah, Sittah, dan Sab’ah. 
Bahasa Malaysia mengikuti penamaan bahasa Arab ini, sehingga menjadi Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, dan Sabtu. Hari keenam disebut secara khusus: Jumaat, sebabnya penamaan yang disebutkan Allah di dalam Al-Qur’an, yang menunjukkan adanya kewajiban solat Jumaat berjemaah.

Penamaan Minggu berasal dari bahasa Portugis, Dominggo, yang bererti hari Tuhan. Ini berdasarkan kepercayaan Kristian bahawa pada hari itu Jesus mereka bangkit. Tetapi, orang Islam tidak mempercayai hal itu 
(berbeza agama maka beza pula cerita yang diceritakan agama masing-masing), 
sehingga lebih menyukai pemakaian “Ahad” daripada “Minggu”.

-dari pelbagai sumber internet- (",)